Friday, September 25, 2009

Ini cerita jadikan pedoman

Ada satu kisah yg pernah terbaca dek aku suatu ketika dahulu. Satu kisah yg berlaku di tanah air kita, sebuah kisah benar, yg berlaku dgn izin-Nya. Aku bukan seorang alim atau ulama, aku juga bukan ustaz atau guru agama yg punya ilmu tinggi untuk menegur atau menasihati org lain, tetapi aku sajikan kisah ini untuk pedoman diriku sendiri dan juga para pembaca yg terbaca akan kisah ini. Lebih kurang beginilah kisah nya.

Kisah benar dari penjara Sg. Buloh

Bertempat di Surau Jenaris, telah diadakan satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Ustaz Halim Din, Ustaz Raihan dan Ustazah Dr. Sharifah Noor Hayati. Perihal tentang keperibadian Rasullah.

Di penghujung rancangan Ustaz Halim Din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaituketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung.

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. HUWALLAH HUALAM.

Begitulah sedikit sebanyak kisahnya. Apa yg dapat disimpulkan di sini, apa yg berlaku ada sebabnya. Jangan dituduh seseorg itu pemberontak atau pengganas atau pengkhianat hanya disebabkan dia melakukan sedikit kekasaran. Jangan dituduh seseorg itu sesat hanya kerana amalan dia yg sedikit berlainan dari apa yg biasa kita lihat ( melainkan mereka itu terang2 mengaku nabi/ rasul / tuhan dll). Jangan dituduh seseorang itu terpesong akidah hanya kerana dia mengamalkan ilmu yg tidak kita fahami.

Ingatlah, ilmu Allah itu Maha Luas. Ilmu Allah bukanlah terbatas dalam pandangan mata kasar dan akal fikiran, ia bukanlah hanya terhad kepada pembuktian dalam bentuk sains, ia tersangatlah luas.

1 comment:

Anak Moktar said...

menarik cerita ni cool..