Tuesday, September 1, 2009

Al-Ikhlas


Sangat molek benar jika ilmu pengetahuan yg bermanfaat dan berguna disampai2kan, terutama sekali dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Disini aku letakkan pesanan yg telah diforwardkan kepadaku.

Diatas adalah surah al-Ikhlas dan dibawah ini adalah serba sedikit cara pengamalannya dan kelebihan2 jika membacanya. Sama2 kita renungkan.

1.Ketika memulakan kerja
Baca ayat ini sebelum memulakan apa2 pekerjaan maka akan keluralah syaitan dan iblis dari dalam tubuh kita dan sekeliling kita bagai cacing yg sedang kepanasan.

2.Sebelum masuk ke rumah
Bacalah surah ini sebanyak 3 kali,masuk ke rumah dgn kaki kanan disertakan dgn bacaan basmalah. Berilah salam, sekiranya tiada org, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama yg diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yg jarang bersolat akan sukar menjawab salam itu.

3.Ketika sakit
Sabda Rasullah s.a.w ; Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas ketika dia sedang sakit sehingga dia meninggal, maka dia tidak akan membusuk dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dgn sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim menuju ke syurga. ( Tadzikaratul Qurthuby )

4.Khatam al-Quran
Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dgn 10 juzuk al-Quran. Bacanya sebanyak 3 kali maka ganjarannya sama seperti 30 juzuk al-Quran, maka khatamlah ia.

5.Pahala membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasullah s.a.w telah bersabda; Ketika aku israk ke langit, maka aku telah melihat arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh dari satu sendi ke satu sendi adalah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap2 sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luas setiap satunya seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yg mana kesemuanya sedang membaca surah al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, mereka pun berkata : wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yg membaca surah al-Ikhlas baik lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasullah lagi : Demi Allah yg jiwaku di tanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis pd sayap malaikat Jibrail a.s, Allahus Somad itu tertulis pd sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad itu tertulis pd sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pd sayap malaikat Israfil a.s.

Wallahu a'lam
SAMPAI2KANLAH.



No comments: