Thursday, September 24, 2009

Tuduh dan tuduh dan tuduh

Setiap hari, terpampang di muka depan media2 cetak, juga tersiar di media masa, keadaan isu semasa negara 1Malaysia kita ini. Isu politik pasti menarik perhatian bagi ahli2 politik, para bapa dan pemuda, juga pengkritik bebas yang punya banyak masa. Mengapa perlu ada 1, walhal mereka sendiri tidak bersatu, sering bertelagah sama sendiri. Aku tidak mengerti akan permainan ini.

Lain bumbung, lain atapnya, lain arah tujunya, lain pula matlamatnya, tiada kata sepakat yg menyatukannya. Bagaimana rakyat seperti aku ini ingin menyokong, ingin menunaikan kewajipan, sekiranya terpampang tuduhan menyokong ini masuk neraka, sokong ini pula sesat? Aku masih tidak mengerti...siapakah sebenarnya si tukang penjatuh hukum yg kita ini ke neraka atau syurga, sesat atau tidak?

Jika ingin diukur kesesatan, aku juga dikira sesat! Sesat dalam mencari tuhan yg Maha Kuasa, sesat dalam mencariNya. Adakah mereka yg tidak sesat itu sudah berjumpa jalannya? Adakah mereka itu sudah tahu keadaan syurga dan neraka sehingga tahu golongan yg masuk ke syurga atau neraka itu memangkah parti apa? Aku tidak mengerti, mengapa percanggahan antara puak syiah dan sunni boleh dijadikan alasan untuk pergelutan sesama mereka?

Mengapa mereka tidak mengutamakan apa yg sepatutnya diutamakan dan dahulukan apa yg sepatutnya didahulukan?

No comments: