Awallulkalam, ini bukan cerita pasal "alif ba ta" yg itu ya. hehe.
Ini cerita tentang keutamaan antara ketigaa-tiga subjek di atas. Bermakna antara agama,bangsa dan tanahair/negara, yg mana satu yg harus diutamakan. Ini biasalah bagi mereka yg pernah mengambil bahagian atau menyertai program/kem BTN, baik mahasiswa, juga pekerja kerajaan.
Satu ketika dahulu, seorang sahabatku nun jauh dari utara datang bertandang ke rumah sewa aku. Tinggallah dia untuk beberapa hari. Dia seorng penjawat am. Aku ni tidaklah pandai berseloroh, apatah lagi bercerita yg lawak2 bagi membuat orang ketawa terguling-guling, dan hendak dijadikan cerita, pada satu petang, aku bersama teman serumah dan sahabat aku tu duduk2 bersembang. Bukan apa pun, hanya bualan kosong membuang masa yg sememangnya tidak boleh ditebus balik. Dalam semua sibuk ketawa terbahak2 dan berseloroh, aku mengalih topik kepada yg lebih serius.
Macam biasalah, aku buka topik yg berkaitan dgn masa hadapan kami. Dalam bualan kami tu, terkeluarlah perbincangan mengenai bangsa melayu di Malaysia ini. Yg pasti, kebanyakannya tentang sifat negatif orang melayu lah. Kebetulan, sahabat aku tu yg juga pekerja kerajaan baru sahaja selesai menjalani program BTN selama seminggu. Dgn segala ilmu pengetahuan yg ditimbanya di kem tersebut, maka bermulalah sesi 'sekolah' bagi aku dan teman serumah yg masih lg belajar.
Aku memang kagum apabila sahabatku itu menceritakan tentang sejarah melayu, kawasan2 di asia tenggara yg mana tinggalnya bangsa melayu, serta tamadun melayu, bahasa melayu dan kesan penjajahan ke atas bangsa melayu.
Mengikut ceritanya, mengapa bahasa melayu ini tidak boleh berkembang maju adalah kerana tamadun melayu itu sendiri yg bermula lewat berbanding tamadun bangsa2 lain seperti cina. Memang sangat lewat lah jika dibandingkan dgn tamadun cina yg telah bermula ribuan tahun dahulu, begitu juga dgn bangsa kulit putih. Oleh itu, kebanyakan perkataan dalam bahasa asing seperti bahasa inggeris dan bahasa cina tidak dapat diterjemahkan dlm bahasa melayu, bermakna tiada perkataan melayu untuk mewakili perkataan asing itu. Setelah itu diceritakan lagi sejarah2 dahulu yg menyebabkan bangsa melayu menjadi seperti apa yg dapat kita lihat kini, tetapi aku tidak berapa berminat untuk menceritakannya.
Apa yg menarik minat aku ialah apabila sahabatku bertanya : Antara agama, bangsa dan negara, yg mana harus diutamakan?
Aku, yg seperti sedia maklum, tentulah akan menjawab Agama, walaupun aku bukan alim dan warak. Jawapan aku dicantas dgn alasan, jika agama diutamakan, maka tidak ada negara untuk agama itu dan juga untuk bangsa itu mendiaminya. Katanya lagi, jika agama diutamakan, maka akan lahirlah lebih banyak insan yg alim ulama yg mana kemudian anak2 mereka ramai yg akan terjebak dgn dadah,arak dan gejala negatif yg lain. Tambahnya lagi, tidak akan ada pembangunan dan kemajuan untuk negara jika agama diutamakan. Aku terkedu dan agak terkejut dia akan berkata demikian.
Apabila dirujuk kepada rakan yg lain, juga kakitangan kerajaan, memang itu yg akan diketengahkan semasa kem BTN berlangsung. Ada juga disebut semasa aku menghadiri ceramah BTN di kampus ku, bahawa apa2 pun, negara yg paling utama. Tetapi tidak diterangkan apa sebabnya, mungkin tidak cukup masa ketika itu.
Berbalik kepada jawapan sahabatku tadi, aku berasa sedikit sedih. Mungkin dia tidak berfikir panjang dan lebih mendalam, ambil sahaja bulat2 apa yg dimasukkan ke benak otaknya.
Pada pendapat aku, jika kita mengaku ini negara Islam, maka agamalah yg harus diutamakan, juga perjuangan Rasullah harus diikuti. Rasullah s.a.w bermula dgn menyebarkan agama Islam, secara sembunyi sehinggalah terang2an, mengIslamkan ramai bangsa arab dan dari situ baginda membentuk sebuah negara Islam dan empayar Islam dari sebuah tempat yg tersorok di padang pasir di mana penduduknya majoriti buta huruf, berkembang ke arah timur dan barat arab.
Jika ingin dikatakan anak2 org alim ulama akan terlibat dgn gejala negatif, itu adalah ujian untuk bapanya yg diberikan Allah s.w.t. Jangan disebut pasal gejala negatif itu semua. Disebabkan negara diutamakan, banyak pusat2 hiburan,pelacuran,disko,kelab malam,kedai arak,pub,tempat perjudian wujud di negara kita. Bukankah kita negara Islam? Orang melayu lah yg memenuhi tempat2 tersebut, sambil meneguk arak dan berpelukan sesama lelaki dan wanita,menari dan tidak lupa tarian bikini. Belum diambil kira yg terlibat dgn dadah, baik ecstacy, syabu,ganja, dll. juga parti2 bebas yg sering diadakan.
Jangan dijadikan pembangunan itu sebagai alasan. Jika pembangunan yg dikejar, dan tujuan hidup kita di bumi ini adalah semata2 mengejar kemajuan, maka telah larilah kita dari tujuan sebenar kita dijadikan di alam ini.
Aku berasa agak sedih kerana itu semua yg disampaikan oleh mereka2 yg bergelar golongan dewasa,belia,pemimpin kepada rakyat2 yg berada dibawah tanggungjawab mereka. Apa jenis pemikiran yg ingin diserapkan kedalam otak orang2 melayu Islam ini sebenarnya? Aku berdoa agar Malaysia tidak akan jadi seperti Indonesia.
Semua punya pendapat dan pegangan masing2. Apa yg aku suarakan ini sewajarnya diambil kira. Bukankah kita ini 1Malaysia? Aku juga salah seorang rakyat Malaysia. Ini negara demokrasi dan aku bebas bersuara. Seharusnya semua pihak,baik pemimpin dan rakyat mempunyai tujuan dan matlamat yg sama, perjuangan yg sama. Jika tidak, tidak perlulah diletakkan 1Malaysia itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sedih cool :(
tula zul..sejahat2 wa pun xdela smpai nk pinggirkan agama mcm tu je..
Post a Comment