Saturday, October 17, 2009

Tragedi Padang

Gempa yg berukuran 7.6 skala richter yg telah meranapkan Padang pada 30 September yg lalu menarik perhatian dunia terutama sekali negara kita Malaysia, untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa2 bencana alam itu. Kita boleh lihat di media cetak dan media elektronik, pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa2 di Padang. Tidak terkecuali juga di institusi pengajianku yg sedang rancak mengutip sumbangan untuk tabung bencana Padang.

Pada aku, cukup2 lah tu.

Mengapa kita sibuk hendak menyumbang lebih2 kepada mangsa2 di Padang walhal ramai lagi penduduk negara kita di Malaysia ni yang dilanda kemiskinan? Ramai lagi warga Malaysia yang sengsara akibat penyakit2 kronik dan merbahaya, dan tidak berkemampuan menanggung kos rawatan yg tinggi, belum diambil kira mereka2 yg hidup di rumah setinggan, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Anak2 yg yatim piatu, tiada tempat bergantung pun masih ramai lagi menderita akibat kemiskinan. Kenapa tidak mahu dibantu mereka2 ini? Mana pihak2 yg dikatakan prihatin itu? Adakah sumbangan kepada mangsa Padang itu hanya sekadar ingin mendapat nama?

Mengapa kita sibuk hendak menyumbang lebih2 kepada mangsa2 di Padang walhal mereka sememangnya tidak bersyukur sebaliknya mencari kesalahan pihak kita? Isu bekalan makanan yg dihantar ke sana yg dikatakan hampir tarikh luput/ sudah lepas tarikh luput sepatutnya tidak perlu ditimbulkan.

Cuba fikirkan. Jika kita dalam keadaan darurat dan dalam kelaparan, dan pada waktu ketika itu ada orang yg memberi kita sebungkus roti yg hampir tarikh luput, adakah kita akan memarahi orang itu ? Jawapannya tentulah tidak. Sebaliknya kita akan menghabiskan roti itu. Jika sudah luput 3, 4 hari pun kita masih akan memakannya jika dirasakan masih elok. Betul?

Bekalan makanan yg disumbangkan itu bukanlah untuk jangka masa panjang. Mengapa mereka masih mahu bertelagah ? Mengapa mereka masih membangkitkan isu2 yg negatif berbanding yg positif? Adakah bangsa yg dipanggil INDON ini adalah bangsa yg tidak tahu bersyukur? Dan adakah dgn sebab sifat itulah negara mereka sering dilanda bencana? Tidakkah kita terfikir berlakunya bencana ini adalah petunjuk dari Yang Maha Esa? Sehingga kini aku masih berdoa agar Malaysia tidak jadi seperti Indonesia.

Jika dibandingkan keluasan negara kita dgn Indonesia sememangya jauh berbeza. Penduduk Jakarta sahaja melebihi 2 juta orang. Pada aku, rakyat mereka sendiri sudah cukup untuk bekerjasama mengutip dana membaikpulih bandar Padang itu. Bagi warga Malaysia yg mana sangat prihatin itu, bantulah penduduk negara kita sendiri dahulu. Pentingkanlah orang sekeliling kita sebelum mementingkan penduduk negara lain.

Di seksyen 7 Bangi, sedang heboh tentang kumpulan Buluh Runcing, satu kumpulan warga Indonesia. Mereka memang anti orang melayu dan sering mencetuskan pergaduhan. Bagi mereka yg ke kawasan panas ini, hati2lah. Walaupun kita serumpun, tapi mereka sangat bersifat "kenegaraan". Pemikiran negatif terhadap orang Melayu telah menguasai diri mereka. Tiada lagi ingatan mereka terhadap kebaikan yg diberikan orang Malaysia terhadap orang Indonesia.

No comments: