Tajuk di atas adalah salah 1 kursus untuk program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan bagi pelajar sem5. Kursus ni tidak ada final paper...hanya penilaian berterusan diambil kira dan
salah satunya adalah membuat lawatan sambil belajar..
Lawatan yg dirancang pd awalnya ialah ke Beijing..ingin membuat lawatan ke universiti di sana,MNC,embassy dan tempat2 menarik..tarikhnya ialah pd 26hb Januari ini bersamaan Thn Baru Cina..
Yg menjadi isu pd awalnya ialah tarikhnya..tidak kena utk ke Beijing kerana sudah semestinya
mereka cuti panjang dan tidak akan melayan sebarang lawatan dari luar..
tetapi melihatkan kesungguhan pensyarah IB, pn Mariamah yg kerap turun naik ke UiTM Shah Alam untuk memastikan pelajar2 nya keluar...usaha ttp diteruskan.
Masalah budget mmg menjadi isu besar bg pelajar2...terutama mereka yg suka mencari dan memberi alasan..drpd pelbagai travel agensi yg menawarkan harga... RM2700 adalah yg termurah pd awalnya..
tetapi ramai pelajar yg tak mampu...RM2000 kebawah bolehlahhh...kata mereka..
setelah usaha dilakukan oleh beberapa pelajar..ada pihak yg menawarkan RM1935...
bayangkanlah,mungkinkah anda berpeluang mndpt harga sebegini untuk trip ke Beijing
5hari 4mlm termasuk tiket pergi balik dan motel???
bagi aku,inilah peluang utk aku ke luar negara bersama rakan2...ke Beijing pulak tu..
tapi musim winter laa...2 darjah celcius..winter coat,snow cap,muffala,lotion,pelembap bibir sudah semestinya harus disediakan...hhahaa!!!
TETAPI...sekali lg yg menjadi isu...
isu takde duit lg sekali...menjadikan jumlah 40 orng pelajar yg mengikuti kursus ini terbahagi dua...pihak pembangkang yg diketuai Marwan md nor merancang membuat lawatan ke Langkawi..walaupun majoriti berpihak kepada mereka yg ingin ke Beijing,,
penasihat kami plan ingin splitkan kami..kepada 2kumpulan...
1 ke Beijing,1 ke Langkawi...
bagi aku,kalau hendak seribu daya...kalau hendak tu pasti akan ada jalan.
sehinggalah minggu lps..kelulusan untuk ke Beijing sudah diperolehi..
semua yg ingin ke Beijing sudah teruja,gembira,seronok...
mereka sudah bersiap sedia ingin membuat passport bersama2...
duit deposit juga sudah dihulurkan kpd bendahari..
ada ibubapa yg sudah mengepos pakaian2 keperluan anak mereka untuk ke Beijing...
dari Sarawak,Penang..x kurang juga yg sudah membeli kamera...
juga dpt dilihat wajah2 gembira mereka yg penat lelah mengumpul wang dr sem3 lagi...
DAN semalam..
pensyarah2 kursus ISSUE ini..telah membuat keputusan...
perubahan dilakukan..
semua pergi ke Langkawi...tiada lagi ke Beijing...dan semua wajib pergi..
kata mereka...
yg menjadi isu ialah soal pemarkahan...
bagaimana mereka ingin menilai 2 kumpulan yg berlainan tujuan...
1 domestic,1 international...
isu kedua pula, tidak cukup masa ingin dptkan pengesahan VC dan mencari sponsor..
2minggu tidak cukup kata mereka..
mereka membandingkan dgn semester lps yg mana sebulan sebelum lawatan,semua sudah setel...
mereka kata kami tidak bersatu hati...
dan beberapa alasan drpd penasihat yg dilihat tidak telus,dan x bermunasabah...
walaupun tidak diperkatakan dgn jelas...
aku duduk di dpn dia..aku dgr perbualan mereka..
pihak pembangkang pula seronok,bersorak gembira,berjabat tangan seolah olah telah mng pilihanraya...ada juga yg meng'anjing'2 tanpa memikirkan perasaan mereka2 yg tidak jadi ke Beijing...mmg mereka satu kepala...membuat semuanya seolah2 permainan...dan tidak serius..
mmg ada sedikit gangguan emosi...ada yg menangis...
tapi bagi aku tak guna nak bergaduh...
kerana ini soal penilaian kami semua...
dan kami kesuntukan masa...
so haruslah bekerjasama....
mmglah kalau nk diikutkan darah muda dan ego aku ini...mau disental je
mereka2 yg seolah2 mentertawakan kami itu...
tapi xpelah..
aku menganggap kami tidak ada rezeki..dgn faktor cuti mid term yg jatuh pd Thn Baru Cina itu..
tidak ada rezeki untuk melawat Beijing...
tunggula 1 hari nanti..
kepada sahabat2ku yg kecewa,sudah2lah..bangun dan teruskan kerja kita yg belum selesai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment