Saturday, January 24, 2009

ILIMITADO

ilimitado adalah sebuah yg membawakan muzik genre reggae pd awalnya dan muzik itu
berevolusi sedikit demi sedikit..kpd modern reggae,rock reggae dan lebih mudah untuk dikatakan eksperimental...disebabkan oleh keberlambakan band2 reggae di arena underground
yg memainkan muzik yg sama dan kedengaran tipikal...semuanya mcm sama shj..
ini adalah band gua,bersama saudara2 seusia,dtg dari sebuah sekolah - High School Kajang..hahaha..gua mmg bangga sebut nm sekolah xtau apahal..

ilimitado adalah sebuah perkataan yg berasal dr bhs sepanyol yg membawa maksud endless..
juga bermakna yg hubungan antara bandmate yg akan berkekalan sehingga keakhir hayat..
gua mmg rindu saat2 kitorng sibuk jamm dan praktis suatu ketika dahulu...dgn berbagai ragam
bandmate,dari kajang sehingga ke bangi kami menghabiskan waktu untuk jamm..
mencari ilham,inspirasi,cetusan2 idea dan berlatih untuk menghasilkan lagu serta menghiasi muzik kitorng..
awal 2004, sebelum gua mengangkat kaki untuk ke matriks, kitorng berjaya menghasilkan sebuah demo yg bertajuk ilimitado..memuatkan 5 buah lagu..lagu favourite para pendengar ketika itu adalah track Far Away..

gua juga rindu saat2 kitorng menghabiskan masa berlatih dan jamming untuk perform live...
kitorg banyak juga main small gigs,show dan event2 suatu masa dulu..
tak terlepas juga pertandingan2 band anjuran pelbagai pihak...
kitorng henjut...semuanya...ketika itu semua masih lg bersatu hati...muzik adalah jiwa kami..
kemana shj pergi,kami tetap bersama...

tetapi kini itu semua hanya tinggal kenangan...
endless yg dikatakan itu sudah tidak sekuat dan sekukuh dahulu..
minat kpd muzik juga semakin pudar...
hubungan juga tidak seakrab dahulu...
disebabkan beberapa faktor yg mmg sudah gua jangkakan dr awal dahulu...
drpd faktor mengejar peredaran masa,mengejar apa yg diri ingin jadi,mencari identiti diri,
sehinggalah kpd faktor hubungan adik beradik,taksub kpd perjuangan yg kabur,perasaan dan emosi,ego...mungkin juga sudah tidak minat!

gua terus terang katakan gua rindu sama luorng semua - ILIMITADO.
kemana luorng pergi?? apakah lu semua sudah lupa sama ini MR COOL???
gua tetap ada disini menanti luorng...gua berlatih dan menghabiskan masa menukar bermain
kibod drpd gitar suatu ketika dulu,menghabiskan masa mendgr lagu2 reggae...untuk siapa tu???
untuk luorg jgk!. gua berhempas pulas grab sgl peluang bermain dgn band2 lain..mencari pengalaman,develop skills,mencari wang untuk membeli kibod..drpd Yamaha ke KORG..
gua buat untuk luorng semua...luorng sudah lupakah??? gua abaikan penampilan diri,
tiada pakaian2 cantik,berjenama,untuk beli instrument...gua tak modern mcm luorg semua,
gua maybe kuno antara kita...tapi gua tetap saudara sama luorng...apakah tidak ada makna
pengorbanan gua untuk luorng??? gua hanya meminta kembalilah seperti dahulu...
itu shj... disaat luorng sibuk dgn hal masing2, gua tertanya2 ternanti2...mana lu semua?
tidak ingin jamm kah? sekali sekala shj...bknnya setiap hari...
gua juga belajar,juga sibuk dgn assignment apa semua...tapi gua ttp spend masa gua untuk luorng...tapi mana lu semua??? tiada khabar...drpd nombor celcom,gua tambah lg 1nombor maxis...memudahkan dan meringankan luorg utk roger gua..tapi mana??? jika gua tak
cari luorng,mmg luorg takkan cari gua kah??? apakah ada istilah pilih bulu dlm persaudaraan???
mengapa gua sering dilupakan??? adakah jika susah shj baru nak cari gua???
ketika ada kepentingan diri baru ingin cari gua???

saat ini hati gua sudah mati sedikit demi sedikit untuk luorg...
ya mungkin luorg hanya menganggap "kawan-kawan"...
tapi gua mementingkan talian persaudaraan dan persahabatan...
kawan makan kawan,kawan lupa kawan,kawan tinggal kawan,
kawan tikam belakang kawan,kawan hanya cari kawan ketika susah,
ketika senang dia lupakan kawan...
ya, kawan juga might cost you a cent...
tiada nilai...
sbb tu gua tak suka pakai istilah kawan...

gua stop smpai disini...
sudah merapu rasanya...
ayat2 gua takde makna pun...
anggaplah ini hanya rekaan semata mata...
tiada kene ngena dgn yg hidup maupun yg mati.

Sunday, January 18, 2009

Lidah adalah senjata umat Islam

ya..lidah adalah senjata umat Islam...
mungkin impak dan kesannya tidak sebingit dan sekuat letupan2 bom
dan bedilan roket di gaza (hasil kerja tangan yahudi laknat) yg dpt dilihat dan didengar menerusi
media massa dan media elektronik... tetapi percayalah,lidahlah senjata yg terhebat!!
dgn lidah yg dianugerahkan inilah,kita boleh mengangkat tangan dan berdoa kepada Ilahi..
bagi meringankan kesengsaraan saudara2 seIslam kita di sana...mengurangkan penderitaan mereka..serta berikan mereka kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yg bakal berlaku..zionis tidak akan berhenti menyerang..

dgn lidah kita memohon dan meminta kepada Dia,yg empunya segala sesuatu dan yg menciptakan 7petala langit 7petala bumi dan barang diantara keduanya...mintalah...
tidak perlu kita mengharapkan liga Arab untuk membantu mereka yg diserang yahudi..
tidak perlu meminta kepada PBB,Amerika dan sebagainya...mintalah pd Dia...kerana Dia lah
yg lebih berkuasa..

mungkin ramai yg tertanya2 mengapa negara2 arab di sekeliling gaza tidak membantu,tidak
bertindak...yg dpt dilihat hanyalah tunjuk perasaan membantah tindakan yahudi di seluruh dunia..
tidah perlulah dihirau sgt...semuanya ada kepentingan politik...
masih ingatkah kita kpd isu di selatan Thai?? adakah kita ada membuka pintu kpd
mangsa2 itu?? fikir2kanlah..
aku bukannya hendak memperlekehkan barisan pemimpin kita,
jauh sekali hendak menuduh mereka apa2...mungkin aku yg tidak faham
perjuangan politik...
yg aku tahu hanyalah kita sepatutnya membantu sesama Islam,
tidak kira dalam apa sekalipun...lebih2 lg negara kita yg mengaku
sebagai negara Islam...
(jangan salah faham ya...aku hanya berkata sesuatu yg aku rasa,
bukan hendak berkhutbah atau menyalahkan mana2 pihak...
kerana aku pun bukan sesiapa)

mmg sudah dikatakn dlm Quran...di mana yahudi akan
menguasai dunia untuk beberapa tahun...sebelum munculnya al-Mahdi...
dan mungkin kita sdg melalui zaman itu sekarang ni...zaman yg menuju akan kiamatnya
dunia...mungkin kita sdg menanti seorang ketua, yg akan memimpin bala tentera untuk menghapuskan tentera2 israel,yg mana merasakn mereka adalah bangsa paling mulia di dunia ini..

tetapi semuanya adalah ketentuan Dia...
kita hanyalah mampu berdoa...
dan berusaha membekalkan diri...
tidak mungkin kita mampu menentang peluru2 berpandu dan
bom2 dari tentera israel itu dgn tangan kosong dan tulang
4 kerat kita ini..
sama2lah kita berdoa.

Monday, January 12, 2009

Issue in International Business

Tajuk di atas adalah salah 1 kursus untuk program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan bagi pelajar sem5. Kursus ni tidak ada final paper...hanya penilaian berterusan diambil kira dan
salah satunya adalah membuat lawatan sambil belajar..
Lawatan yg dirancang pd awalnya ialah ke Beijing..ingin membuat lawatan ke universiti di sana,MNC,embassy dan tempat2 menarik..tarikhnya ialah pd 26hb Januari ini bersamaan Thn Baru Cina..
Yg menjadi isu pd awalnya ialah tarikhnya..tidak kena utk ke Beijing kerana sudah semestinya
mereka cuti panjang dan tidak akan melayan sebarang lawatan dari luar..
tetapi melihatkan kesungguhan pensyarah IB, pn Mariamah yg kerap turun naik ke UiTM Shah Alam untuk memastikan pelajar2 nya keluar...usaha ttp diteruskan.
Masalah budget mmg menjadi isu besar bg pelajar2...terutama mereka yg suka mencari dan memberi alasan..drpd pelbagai travel agensi yg menawarkan harga... RM2700 adalah yg termurah pd awalnya..
tetapi ramai pelajar yg tak mampu...RM2000 kebawah bolehlahhh...kata mereka..
setelah usaha dilakukan oleh beberapa pelajar..ada pihak yg menawarkan RM1935...
bayangkanlah,mungkinkah anda berpeluang mndpt harga sebegini untuk trip ke Beijing
5hari 4mlm termasuk tiket pergi balik dan motel???
bagi aku,inilah peluang utk aku ke luar negara bersama rakan2...ke Beijing pulak tu..
tapi musim winter laa...2 darjah celcius..winter coat,snow cap,muffala,lotion,pelembap bibir sudah semestinya harus disediakan...hhahaa!!!
TETAPI...sekali lg yg menjadi isu...
isu takde duit lg sekali...menjadikan jumlah 40 orng pelajar yg mengikuti kursus ini terbahagi dua...pihak pembangkang yg diketuai Marwan md nor merancang membuat lawatan ke Langkawi..walaupun majoriti berpihak kepada mereka yg ingin ke Beijing,,
penasihat kami plan ingin splitkan kami..kepada 2kumpulan...
1 ke Beijing,1 ke Langkawi...
bagi aku,kalau hendak seribu daya...kalau hendak tu pasti akan ada jalan.
sehinggalah minggu lps..kelulusan untuk ke Beijing sudah diperolehi..
semua yg ingin ke Beijing sudah teruja,gembira,seronok...
mereka sudah bersiap sedia ingin membuat passport bersama2...
duit deposit juga sudah dihulurkan kpd bendahari..
ada ibubapa yg sudah mengepos pakaian2 keperluan anak mereka untuk ke Beijing...
dari Sarawak,Penang..x kurang juga yg sudah membeli kamera...
juga dpt dilihat wajah2 gembira mereka yg penat lelah mengumpul wang dr sem3 lagi...

DAN semalam..
pensyarah2 kursus ISSUE ini..telah membuat keputusan...
perubahan dilakukan..
semua pergi ke Langkawi...tiada lagi ke Beijing...dan semua wajib pergi..
kata mereka...
yg menjadi isu ialah soal pemarkahan...
bagaimana mereka ingin menilai 2 kumpulan yg berlainan tujuan...
1 domestic,1 international...
isu kedua pula, tidak cukup masa ingin dptkan pengesahan VC dan mencari sponsor..
2minggu tidak cukup kata mereka..
mereka membandingkan dgn semester lps yg mana sebulan sebelum lawatan,semua sudah setel...
mereka kata kami tidak bersatu hati...
dan beberapa alasan drpd penasihat yg dilihat tidak telus,dan x bermunasabah...
walaupun tidak diperkatakan dgn jelas...
aku duduk di dpn dia..aku dgr perbualan mereka..
pihak pembangkang pula seronok,bersorak gembira,berjabat tangan seolah olah telah mng pilihanraya...ada juga yg meng'anjing'2 tanpa memikirkan perasaan mereka2 yg tidak jadi ke Beijing...mmg mereka satu kepala...membuat semuanya seolah2 permainan...dan tidak serius..
mmg ada sedikit gangguan emosi...ada yg menangis...
tapi bagi aku tak guna nak bergaduh...
kerana ini soal penilaian kami semua...
dan kami kesuntukan masa...
so haruslah bekerjasama....
mmglah kalau nk diikutkan darah muda dan ego aku ini...mau disental je
mereka2 yg seolah2 mentertawakan kami itu...
tapi xpelah..
aku menganggap kami tidak ada rezeki..dgn faktor cuti mid term yg jatuh pd Thn Baru Cina itu..
tidak ada rezeki untuk melawat Beijing...
tunggula 1 hari nanti..
kepada sahabat2ku yg kecewa,sudah2lah..bangun dan teruskan kerja kita yg belum selesai.

Saturday, January 10, 2009

11st January

Hari ini genapla usia aku 23 thn..dh tua dh rasanya..
23 thn dulu aku dilahirkan pd tarikh yg sama dlm kalendar masihi
bersamaan 29 rabiul akhir 1406 pd kalendar hijrah..
tapi harini tarikh hijrahnya berbeza 14 muharram 1430(sudah semestinya)
diharapkan aku dipanjangkn umur dan dimurahkan rezeki..amin.

Lewat malam tadi (10 jan) 1majlis kecil diadakan untuk meraikan harijadi ku, di sebuah restoran di bukit mewah. Terima kasih sgt2 kepada faizah a.k.a mrs oren (love you!!) yg menjadi mastermind dlm majlis tersebut dan dibantu oleh penolong pengarah program tersebut nazmi a.k.a pablo dan penolong kedua affan.
Segalanya sudah dpt aku agak..lebih kurang jam 10,ketika aku bersama faizah di alamanda,
nami call dan minta hadir ke restoran tersebut jam1130 malam..tapi mcm biasa,wa cool je..
hehe..
Setibanya di restoran itu,mmg semuanya dh clear..walaupun keadaan dibuat seperti tiada apa2 berlaku..tp mana bleh lari dari gerak rasa seorng pendekar..chewahh(poyo je)

Lebih kurang jam12,pekerja restoran membawa keluar kek..untuk aku..
rasa terharu mmg ada..yelaa dh tua bangka pun ada besday kek..hahaha..
tiup lilin dan gambar menjadi acara kemuncak..lps tu semua menjamah kek tersebut..
aku pun tidak igt bila kali terakhir aku menyambut harijadi ku beramai ramai..selama
ini pun aku hanya menyambutnya bersama faizahku..
sesekali seronok juga..dgn kehadiran saudara2 di kajang termasuk azman yg sanggup dtg dr jenderam..perasaan terharu mmg ada..terselindung di sebalik wajahku yg dingin..
sedih pun ada..mungkin mengenangkan usia yg sebegitu,tetapi msh lg belum habis belajar..
sepatutnya aku sudah boleh memberi wang kepada ibubapa ku..tetapi aku msh lg
bergantung kpd mereka dan juga duit pinjaman pelajaran mara..
tetapi tidak mengapa..dgn sedikit ilmu yg aku ada,mungkin aku tidak dpt menyenangkan ibubapa ku di dunia,tetapi insyaAllah,aku dpt membantu menyenangkan mereka di alam kubur dan alam seterusnya.. (jgn salah sangka,aku bukan mendoakan mereka pergi awal!!)
kerana seburuk buruk mana pun mereka tetap ibubapa ku..dan aku bertanggungjawab
terhadap mereka.
Apabila semua ingin bersurai,aku dpt melihat yg awekku la yg merancang
majlis ini..hehe

Walau apa pun,aku mengucapkan berbanyak terima kasih kpd mereka yg bersama sama
meraikan harijadiku... affan,nami,azman,udin,paktam,jono dan tak terlupa cik faizahku..
begitu juga kpd mereka yg wish utk aku..igt jgk korng kt besday aku ye..hehe
semoga Allah menyelamatkan kita..amin