Tuesday, September 1, 2009

Al-Ikhlas


Sangat molek benar jika ilmu pengetahuan yg bermanfaat dan berguna disampai2kan, terutama sekali dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Disini aku letakkan pesanan yg telah diforwardkan kepadaku.

Diatas adalah surah al-Ikhlas dan dibawah ini adalah serba sedikit cara pengamalannya dan kelebihan2 jika membacanya. Sama2 kita renungkan.

1.Ketika memulakan kerja
Baca ayat ini sebelum memulakan apa2 pekerjaan maka akan keluralah syaitan dan iblis dari dalam tubuh kita dan sekeliling kita bagai cacing yg sedang kepanasan.

2.Sebelum masuk ke rumah
Bacalah surah ini sebanyak 3 kali,masuk ke rumah dgn kaki kanan disertakan dgn bacaan basmalah. Berilah salam, sekiranya tiada org, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama yg diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yg jarang bersolat akan sukar menjawab salam itu.

3.Ketika sakit
Sabda Rasullah s.a.w ; Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas ketika dia sedang sakit sehingga dia meninggal, maka dia tidak akan membusuk dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dgn sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim menuju ke syurga. ( Tadzikaratul Qurthuby )

4.Khatam al-Quran
Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dgn 10 juzuk al-Quran. Bacanya sebanyak 3 kali maka ganjarannya sama seperti 30 juzuk al-Quran, maka khatamlah ia.

5.Pahala membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasullah s.a.w telah bersabda; Ketika aku israk ke langit, maka aku telah melihat arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh dari satu sendi ke satu sendi adalah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap2 sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luas setiap satunya seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yg mana kesemuanya sedang membaca surah al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, mereka pun berkata : wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yg membaca surah al-Ikhlas baik lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasullah lagi : Demi Allah yg jiwaku di tanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis pd sayap malaikat Jibrail a.s, Allahus Somad itu tertulis pd sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad itu tertulis pd sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pd sayap malaikat Israfil a.s.

Wallahu a'lam
SAMPAI2KANLAH.



Friday, June 26, 2009

picisan di pagi hari...tujuan

semakin tinggi ilmu yg kita blaja...semakin byk yg kita tidak tahu...dan semakin byk yg kita ingin tahu. belajar d ipt hanya inginkn segulung ijazah tidak akn bermakna jika ape yg kita pelajari itu hnya sekadar ingin lulus peperikaan..tanpa memahami ia utk diaplikasikan dlm hidup..sudah pasti ramai d luar sana telah ambil inisiatif utk mempelajari ilmu2 lain yg tidak terdapat d ipt..
tidak kiralah ilmu zahir atau batin,yg pasti ramai yg berusaha utk mendapatkan ia.

apa yg aku telah tempuh sepanjang perjalanan mencari kebenaran antaranya ialah cemuhan dan kata2 yg tidak enak didengari...perkataan "sesat" dan "taksub" tidak lari dari pendengaran telingaku ini...walhal mereka2 yg memperkatakan begitu tidak tahu apa2,jauh sekali ingin meminta penjelasan...mahasiswa pula semua tu!

sebenarnya aku ingin berkongsi pemikiran ini tentang tujuan...tujuan hidup.
ya memang benar, kita dijadikan utk menyembahNya.
aku ingin tahu peranan sebenar aku sebagai watak didalam filem besar arahan Dia.
setakat ini jika dihitung, dianalisa, difikirkan..mungkin aku ni berperanan sebagai pelindung...
pelindung keluarga(sudah tentu) bangsa dan agama, yg mungkin akan terlibat dgn peperangan besar yg tak tahu bila akan berlaku ( diulangi mungkin, walaupun itu sebenarnya yg aku harapkan bagi menghapuskan dosa2ku,jika boleh..) ...memerangi mereka2 yg telah menghancurkan dunia ini, terutama musuh agamaku, memerangi mereka yg diketuai oleh Dajjal al-Masih...yg telah menjadikan neraka itu sebagai syurga dan syurga itu sebagai neraka di pandangan mata kasar kita.

ramai rakan2 sebayaku di ipt tidak faham apa yg aku perkatakan dan tidak ingin memikirkannya.
aku hanya mengharapkan sekurang2nya ada kesedaran didalam pemikiran mereka...sedar sedikit pun tidak apa.

semua ini mungkin terjawab sekiranya aku mencapai makrifatullah.
semalam aku bermimpi yg aku mengambil ijazah pengenalan...iaitu putus makrifat,
bagi memfana'kan diri ini...seperti yg telah lama disarankan abg nazri.
hakikatnya,adakah aku telah bersedia??? itu aku tak pasti.yg aku tahu, perasaan ini akan jd lain selepas itu jika aku pergi juga...yg mana disebut sebagai "mati sebelum mati".

ramai juga yg mengeluh...mengatakan itu tidak adil,ini tidak adil.
ingin aku ingatkan mereka dan diri aku juga...bahawa dunia ini sememangnya tidak adil, tetapi Dia Maha Adil.

Saturday, March 14, 2009

ilimitado


4.44 am : Perasaan gua agak sayu tatkala melihat gambar di atas.
Perasaan rindu tiba2 menyelubungi diri ini.
Selagi bernama manusia, gua memang tetap beremosi di balik wajah yang dingin ini.
Gua rindula lu org semua. Gua rindu Ilimitado beb.


Wednesday, March 4, 2009

SUNBURST 09

KORN nak turun perform ke??
boy!! ada tiket free x??

Saturday, February 28, 2009

Musica Band

semalam gua ke 1 cafe, sebuah tempat yg semakin popular
untuk pengajuran gig2 kecil di lembah klang.
tujuan utama untuk berjumpa dgn abang2 symphonia,
sebuah band yg pernah gua anggotai dulu.
mmg terkenang ketika gua bersama2 mereka dahulu membuat
performance di merata tempat, tatkala menyaksikan mereka beraksi,
mmg rindu la sng cerita.
mmg gua masih ada bermain dgn band lain, tetapi bg gua ia hanyalah sekadar
membantu teman2.
bg gua, band gua yg sebenar2nya hanya ada 2, ILIMITADO dan SYMPHONIA,
kerana gua mmg bg komitmen yg sebenar dan enjoy dgn band ini.
kini, gua rasa ingin bermain kembali, tapi entahlah.

Friday, February 20, 2009

Teman-teman yang semakin menghilang

Terkenang,terbayang
tiada dapat aku lupakan
kasih sayang semuanya tinggal kenangan.
Temanku,saudaraku
ku ingin seperti dulu,
bersama meneroka cita.
Ku harap teman semua
dapat bersatu semula,
bersama menyudahkan permulaan.
Datang dan pergi
silih berganti,
ada yang terbang,ada yang lari.
Ada menyendiri
meminggir diri,
mencari satu erti barangkali.
Tapi aku masih di sini
masih terus menanti,
saat indah tika dulu yang tidak terganti.
Wahai teman,satulah kembali.

Monday, February 9, 2009

SUNBURST 2009

Dgr kata RADIOHEAD dan COLDPLAY turun M'sia untuk Sunburst neyh...
mau pegi ke x?

tiket pun wa xtau harga...kene cari geng la klu nk pegi...
sape mau pegi,ajakla gua eh.

Thursday, February 5, 2009

Cari aku

Ada bait2 lirik hasil ciptaan komposer M.Nasir yg mana tajuknya aku tidak ingat
" siapa aku di dalam aku???"
lagu Mentari Merah di Ufuk Timur
" yang tinggal aku"

dan banyak lagi lagu yg mempersoal dan membicarakan
tentang diri, yg banyak rahsia.

Siapa aku? Ke mana aku? Untuk apa aku?

aku pun tak tahu.

Monday, February 2, 2009

3hb Februari

Harini aku duduk dpn pc ni...
taktau nk tulis ape...
tu psl la xde tajuk yg spesifik..

last week aku ade educational trip ke langkawi...
melawat LADA,Langkawi Port,shipping company...
memberi aku byk pengetahuan psl projek geopark di langkawi,
faktor2 mengapa langkawi di pilih,perancangan ms dpn untuk langkawi,
juga pengetahuan tentang bidang geologi yg pd aku sgt menarik...
Prof Dr Patrick Keever dr Ireland,juga selaku penasihat geologi UNESCO
yg menyampaikan ilmu psl geologi ni..

yg menarik pd aku ialah ketika menaiki boat
mengelilingi perairan langkawi,melintasi gugusan2 pulau
dan sungai...
kehijauan bumi ini dpt aku saksikan...keindahan panorama flora dan
fauna menjadi santapan mataku ini...
juga kecantikan lautan yg tidak tercapai dek pandangan mata...
sgt indah...tenang dan damai sekali rasanya...
alangkah hebatnya ciptaanNya...
bangunan tinggi mencakar langit mungkin dpt kita bina,
dpt kita pulihkan...
tetapi jika keindahan alam ini musnah dek tangan manusia...
mampukah kita memulihkannya???
sudah semestinya tidak...
kerana kita manusia tiada daya upaya...
menjadikan sesuatu yg 'hidup'.